Bukan senang untuk mengurus kerja dan Bos anda. Setiap hari bekerja, anda akan berhadapan dengan tugas yang semakin membebankan dan ditambah lagi dengan personaliti, gaya kepimpinan dan kehendak Bos yang berbeza-beza. Ketidakupayaan anda untuk mengurus hal-hal ini boleh menyebabkan anda cepat stres dan produktiviti serta kecekapan anda menurun. Dengan menyertai program ini, anda akan dapat bekerjasama dengan Bos dengan lebih baik serta dapat menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan
OBJEKTIF:
- Meningkatkan tahap kerjasama dan perhubungan dengan ketua
- Mengamalkan teknik berkesan dalam komunikasi dan perhubungan interpersonal.
- Mengurus bebanan kerja dengan lebih berkesan
KANDUNGAN PROGRAM:
- Dalami personaliti Bos anda
- Intai gaya kepimpinan Bos anda
- Amalkan komunikasi berkesan
- Reset teknik mengurus bebanan kerja
- Ikuti cara mengurus stres dengan bijaksana
TARIKH:
- 20 MAC 2024 (ONLINE)
- 30 JULAI 2024 (ONSITE)
FASILITATOR:
HJ AHMAD SHUKRI MUHAMMAD
Berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan untuk pelbagai organisasi di Malaysia dan Brunei dalam bidang Pembantu Tadbir/Sekretari Cemerlang, Penyeliaan, Kemahiran Komunikasi, Pengurusan Masa, Pengurusan Stres, Kerja Berpasukan, Program Perkembangan Kendiri dan Organisasi, Perkhidmatan Pelanggan Berkesan, Menangani Pekerja Bermasalah dan lain-lain program yang bercorak motivasi. Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (M.Ed) dari University of Stirling, Scotland. Pernah menjadi guru, Penolong Pengarah di Kementerian Pendidikan dan Pengurus Jabatan Latihan EON Berhad.