Bukan senang untuk mengurus kerja dan Bos anda. Setiap hari bekerja, anda akan berhadapan dengan tugas yang semakin membebankan dan ditambah lagi dengan personaliti, gaya kepimpinan dan kehendak Bos yang berbeza-beza. Ketidakupayaan anda untuk mengurus hal-hal ini boleh menyebabkan anda cepat stres dan produktiviti serta kecekapan anda menurun. Dengan menyertai program ini, anda akan dapat bekerjasama dengan Bos dengan lebih baik serta dapat menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan.
Objektif Program
- Meningkatkan tahap kerjasama dan perhubungan dengan ketua.
- Mengamalkan teknik berkesan dalam komunikasi dan perhubungan interpersonal.
- Mengurus bebanan kerja dengan lebih berkesan.
Kandungan Program
- Dalami personaliti Bos anda
- Intai gaya kepimpinan Bos anda
- Amalkan komunikasi berkesan
- Reset teknik mengurus bebanan kerja
- Ikuti cara mengurusstresdenganbijaksana
Tarikh: 12-13 April 2023
Tempat: Online Zoom Meet