Transformasi ke Arah Kecemerlangan Diri (T.E.K.A.D)

PENDAHULUAN

  • Setiap transformasi yang ingin dijalankan oleh sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya tanpa transformasi minda dan diri seorang kakitangan. Ianya perlu bergerak seiring dengan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang perlu ditonjolkan oleh semua kakitangan. Ianya juga berkait rapat dengan transformasi diri dan penyediaan perancangan masa depan yang strategik. Ini dapat dilakukan dengan kesedaran individu itu sendiri, keupayaan menguruskan diri serta kemahiran yang perlu ada dalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan.
  • Program Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Diri (T.E.K.A.D)” ini mengetengahkan pendekatan yang seimbang dalam membantu kakitangan sesesebuah organisasi meningkatkan kecemerlangan diri dan kerjaya. Berpaksikan matlamat memenuhi keperluan individu dan organisasi, program ini berusaha membantu para peserta memperbaiki sikap serta meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan perubahan dalaman (minda dan kejiwaan) dan luaran (tingkahlaku).

 

OBJEKTIF PROGRAM

Setelah menghadiri program ini, diharapkan para peserta akan dapat:-

  • Memahami peranan dan tanggungjawab seorang kakitangan dalam membina kecemerlangan diri dan organisasi
  • Mengamalkan sikap-sikap yang perlu dihayati untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang
  • Memahami cabaran-cabaran dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan kecemerlangan diri
  • Mengamalkan kaedah berkesan untuk memantapkan kecemerlangan diri dan kerjaya

KANDUNGAN PROGRAM

Cabaran Organisasi Hari Ini
  • Memahami perubahan aliran kehendak pelanggan hari ini
  • Cabaran daripada pesaing-pesaing industri atau perkhidmatan
  • Inisiatif sesebuah organisasi dalam meningkatkan prestasi
Konsep dan Kepentingan  Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Diri
  • Apa itu Transformasi dan Kecemerlangan?
  • Kepentingan transformasi dan cemerlang kepada diri dan organisasi
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan
  • Rahsia-rahsia individu yang cemerlang
  • Halangan-halangan utama mencapai kecemerlangan
Lima (5) Langkah Untuk Transformasi Ke Arah Kecemerlangan Diri
  • T – Tingkatkan kefahaman tentang hala tuju, kualiti yang diharapkan
  • E – Efektif komunikasi interpersonal
  • K – Kerja berpasukan dan hubungan harmoni
  • A – Amalkan teknik untuk menjadi penyelesai masalah
  • D – Dalami kekurangan diri, tingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini

Tarikh :

  • 26 Mac 2024 (ONLINE)
  • 1 Ogos 2023 (ONSITE)

 


Share this:
error: Content is protected !!