KONVENSYEN KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN KEBANGSAAN 2023

APA ITU KPK 2023 ?
KONVENSYEN KEPIMPINAN & PENYELIAAN KEBANGSAAN (KPK) 2023 adalah suatu pengiktirafan terhadap kepentingan kakitangan penyeliaan kepada kejayaan sesebuah organisasi. Sebagai sebuah jenama, KPK yang telah diadakan sejak 13 tahun (2010) yang lalu, akan terus berperanan sebagai medan cetusan inspirasi, perkongsian pengetahuan serta amalan-amalan terbaik dalam bidang penyeliaan dan kepimpinan.
Dengan bertemakan ‘Kepimpinan Inovatif, Pasukan Efektif, Organisasi Produktif’, KPK 2023 mengetengahkan input-input terkini untuk para penyelia, line leaders, penolong pengarah dan lain-lain jawatan Kepimpinan. KPK 2023 memberi penekanan kepada solusi inovatif untuk para peserta, termasuklah sebuah sesi forum yang membincangkan cabaran kepimpinan yang dihadapi dalam era kini, Teknik komunikasi Kepimpinan menggunakan ‘The Coloured Brain Model’, sesi interaktif bersama-sama Coach diikitiraf, serta agenda Tindakan (Action Plan) diakhir program.

SIAPA PATUT HADIR KPK 2023?
SEKTOR SWASTA
- Penyelia
- Supervisor / Foreman
- Line Leaders
- Team Head / Ketua
- Eksekutif
- Atau lain-lain kakitangan yang menjalankan fungsi penyeliaan
SEKTOR KERAJAAN
- Penolong Pengarah
- Penolong Pengarah Kanan
- Penolong Pegawai Tadbir
- Pegawai Eksekutif
- Pembantu Tadbir Kanan
- Ketua Kerani
- Atau lain-lain kakitangan yang menjalankan fungsi penyeliaan
Dengan tema KEPIMPINAN INOVATIF – PASUKAN EFEKTIF – ORGANISASI PRODUKTIF, KPK 2023 berfokus untuk para penyelia, line leaders, ketua, dan jawatan yang memegang tanggungjawab Kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
Penyelia adalah merupakan pengurus di barisan hadapan yang berusaha memastikan para pekerja di bawah seliaan mereka menghasilkan output sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Gagal atau berjaya sesuatu kerja itu banyak bergantung kepada kecekapan kepimpinan penyelia di dalam merancang, melaksanakan dan juga bagaimana seseorang penyelia itu berhadapan dengan isu-isu atau karenah-karenah pekerja. Penyelia yang cekap dan terlatih akan dapat mengetuai pasukannya dan seterusnya membawa organisasi ke tahap yang lebih cemerlang.
KEY TAKEAWAYS DARIPADA KPK 2023


UCAPTAMA
TS. SYED SAGGAF BIN SYED AHMAD
Chief Executive Officer di Shapadu Oil & Gas Division, yang memimpin dan mengurus kepentingan Kumpulan dalam industri minyak, gas, dan tenaga dalam bahagian upstream & downstream, termasuk pengurusan aset marin Kumpulan.
Di samping itu, beliau adalah Presiden semasa Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC), Duta UNITEN Alumni, Naib Presiden Persatuan Alumni Sains Muar, Ahli Lembaga Koperasi Tenaga & Petroliam Malaysia, dan Ahli Lembaga Program Doktor Industri, Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
SESI FORUM

PANELIS 1
PROF. MADYA DR. ALWI
Assoc. Professor dan Senior lecturer di School of Information Science, dan sekarang bertugas sebagai Head of Organization and Mind Transformation di Bahagian Transformasi Universiti (BTU) di UiTM, Shah Alam. Juga penghasil karya antaranya buku Kompas Jiwa [Mencari Jalan yang Benar, Menuju Jiwa Bahagia].

PANELIS 2
PN. ZAINUBIAH BINTI ABD AZIZ
Talent Development Specialist di PETRONAS Leadership Centre. Memegang Ijazah Sarjana (Masters) Pembangunan Sumber Manusia dan juga Kaunselor MAPP, Talent Finder dan SHL Assessor. Juga diiktiraf oleh Assoc. for Talent Development (ATD).

PANELIS 3
EN. MOHD SYUKRI BIN AHMAD SUDARI
Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Insan Kumpulan, Affin Bank. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang sumber manusia dalam pelbagai industri termasuk sektor kewangan, telekomunikasi, aeroangkasa, kejuruteraan dan insurans.
SESI INTERAKTIF

MS. LILY LAU
Pengarah urusan Culture Dynamics DCI Malaysia dan juga Certified Master Trainer untuk Directive Communication Psychology. Berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penceramah & pelatih.

EN. DANIEL THEMUDU
Berpengalaman selama 23 tahun dalam arena Corporate Training. Telah membantu agensi kerajaan & organisasi swasta dalam mencapai matlamat kewangan, menangani ‘warlords’ yang selalu memberi masalah kepada kepimpinan, dan membantu organisasi mengatasi konflik di tempat kerja.

PN. NORHASNIZA
Certified Business Coach, daripada Leadership University, USA, 2006. Giat aktif sebagai Coach diiktiraf selama 17 tahun seperti di Asia-e University dan MMU.
Memegang pengiktirafan Certified Solution Focus Coach, CPCC, Certified Organizational Performance Coach, Asia-e University, Certified Leonard Personality Inventory Life Coach & Evocative Coaching.

EN. AHMAD ZULKARNAIN BIN ABDULLAH
Senior Head, Technical Training Institute, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia. PROSCI Change Management Practitioner, jurulatih DC International Certified (Colored Brain Communication, Human Drive & Motivation, Dynamic Speaking & Curriculum Development).

DRUM CIRCLE THERAPEUTIC RHYTHM
Hands-on activity bersama-sama Drum Circle Therapeutic Rhythm di mana semua peserta akan merasai pengalaman dan keseronokan sendiri bermain alat muzik drum dan perkusi bersama-sama dalam kumpulan. Peserta akan didedahkan dengan teknik asas bermain peralatan muzik drum dan perkusi serta didedahkan bagaimana muzik & rima dapat membantu mengawal emosi dan kehidupan seharian. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari bagaimana untuk meningkatkan tahap pendengaran, komunikasi yang berkesan serta bekerja dalam kumpulan dengan teknik yang menyeronokkan.

HJ. AHMAD RAJI BIN YAAKOB
Group Chief Executive Officer di Profess Consulting Group. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam Perundingan Sumber Manusia dan latihan.
Kepakaran: Successor Planning, Competency Modelling, Sistem Pengurusan Prestasi, Budaya Kerja Cemerlang, Kepimpinan dan Pembangunan Penyeliaan dan Pembangunan Sumber Manusia.
YURAN


MAKLUMAT PENDAFTARAN:
- Muat turun brosyur lengkap KPK 2023 bersama-sama lampiran borang pendaftaran.
- Isikan maklumat lengkap peserta beserta pilihan cara bayaran.
- Emelkan borang pendaftaran lengkap ke seminar@irshad.com.my
- Nantikan borang pengesahan daripada Sekretariat KPK 2023.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat KPK 2023 di talian 03-79560010 (Irfan | Meiza | Ashri | Zaimah) atau ke emel seminar@irshad.com.my