Kursus Persediaan Menghadapi Persaraan

Salah satu Kursus Paling Popular kami kini akan diadakan secara Online:
 

KURSUS PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSARAAN

 
BELUM BERSEDIA UNTUK BERSARA?
 
Persaraan adalah realiti kitaran di alam pekerjaan yang perlu ditempuhi, sama ada oleh kakitangan Awam atau Swasta. Bila tiba masanya, seseorang pekerja itu perlu bersedia dari segi mental, emosi, fizikal dan intelektual. Program Pra-Persaraan Edisi PKP/PKPB ini dirangka khas untuk bakal-bakal pesara daripada pelbagai peringkat kakitangan.
 
Jika anda bakal bersara dalam masa terdekat tetapi belum tahu bagaimana untuk membuat persediaan sepatutnya, maka Kursus ini adalah untuk anda. Kursus yang padat tetapi disampaikan secara agak santai ini akan memberikan panduan dan pendedahan kepada anda untuk membuat persediaan sebelum dan semasa bersara dengan lebih yakin dan tenang.
 
OBJEKTIF KURSUS
Di akhir sesi ini, anda seharusnya boleh:
 
> Mengenalpasti peluang dan cabaran hidup sebagai pesara
> Mengetahui persediaan-persediaan yang perlu dibuat dalam menghadapi persaraan terutama minda dan emosi
> Membuat perancangan persaraan dari aspek ekonomi, kewangan dan kesihatan
 
KANDUNGAN KURSUS
Apakah ilmu-ilmu berharga yang akan anda pelajari melalui sesi ini?
 
1. Menghadapi realiti kehidupan di alam persaraan
    – Sejauh manakah anda bersedia dari segi emosi, fizikal dan intelektual?
    – Realiti alam persaraan.
2. Persediaan dan perancangan menghadapi persaraan serta gaya hidup 
    – Keperluan membuat perancangan sebelum bersara.
    – Bidang-bidang yang perlu dirancang sebelum bersara.
    – Penyesuaian perubahan gaya hidup
3. Penjagaan kesihatan diri dan pemakanan
    – Jenis-jenis penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pesara.
    – Simptom-simptom dan punca-punca penyakit.
    – Cara-cara penjagaan kesihatan dan pemakanan (Diet, pemakanan, senaman dan perhubungan).
4. Pengurusan kewangan selepas bersaraan
    – Cukupkah wang persaraan anda?
    – Anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang diperlukan selepas bersara.
    – Mengurus perbelanjaan yang tidak dijangka.
5. Penyesuaian Perubahan Gaya Hidup
k    – Perkembangan penuaian.
    – Perubahan psikologikal, sosial, mental, status & imej diri
6. Peluang-peluang kerjaya/perniagaan selepas bersara
    – Pilihan bidang pekerjaan yang boleh diceburi.
    – Panduan memulakan perniagaan sendiri
 
JURULATIH
Siapa Jurulatih/Fasilitator yang akan mengendalikan sesi ini?
 
TN HJ AHMAD SHUKRI MUHAMMAD adalah seorang pesara yang memilih untuk kekal aktif sebagai seorang Perunding Latihan dan Jurulatih di Irshad HR Consulting. Sebelum bersara, beliau bertugas sebagai Pengurus Sumber Manusia di sebuah syarikat automotif terkemuka (Public Listed Company) yang disertainya selama 15 tahun. Sebelum menyertai sektor korporat, beliau pernah bertugas sebagai seorang Guru serta Pegawai Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang Jurulatih Bertauliah serta pemegang ijazah Sarjana (Masters of Education), khidmat dan kepakaran beliau telah digunakan oleh pelbagai organisasi awam dan swasta daripada pelbagai industri di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Selain kursus berkaitan Persediaan Menghadapi Persaraan, Hj Ahmad Shukri juga mengendalikan kursus lain seperti Etiket Sosial dan Penampilan Diri, Pengurusan Stres, Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Penyelesaian Masalah.
 
MAKLUMAT KURSUS
Disebabkan kekangan kawalan pergerakan yang masih dikuatkuasakan, Kursus yang popular ini kini kami bawakan secara online. Untuk siri yang pertama ini, kami telah rangkakan modul kompak selama 4 jam tetapi dikendalikan secara agak santai yang akan berlangsung secara live seperti maklumat berikut:
 
Tajuk: Persediaan Menghadapi Persaraan
Tarikh: 17 Disember 2020 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Platform: Zoom
 
Sebagai siri yang pertama, kami menawarkan Yuran Istimewa iaitu RM179 SAHAJA!
 
YA… RM 179 SAHAJA!
 
Sudah tidak sabar untuk mendaftar? Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di Bahagian Latihan Korporat (Safwan/ Hazim/ Ziela) di talian +603 7956 0010 atau emel ctd@irshad.com.my SEKARANG!
 
 
 

Sila isi Borang di bawah untuk menyertai Kursus Persediaan Menghadapi Persaraan pada 17 Dis 2020:




error: Content is protected !!