MySTEP 2022 : IRSHAD HR CONSULTING PENERIMA ANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN

PWTC, Kuala Luala Lumpur – Irshad HR Consulting menerima Anugerah Majikan Prihatin dalam Majlis Penutup Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.

Pada 27 Julai, 2022 yang lalu, Irshad HR Consulting (Irshad) telah dianugerahkan Anugerah Majikan Prihatin dalam Majlis Penutup Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.

Anugerah tersebut untuk kategori perantisan berdasarkan pencapaian dan kejayaan Irshad HR Consulting dalam melaksanakan program Khazanah-MySTEP untuk graduan tajaan Khazanah Nasional Berhad. Encik Ahmad Raji bin Yaakub, GCEO Irshad sebagai wakil yang menerima anugerah tersebut.

 

 

 

Ekspo ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 23 Julai, Sabtu sehingga 27 Julai, Rabu di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bersama YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia telah melancarkan ekspo tersebut.

Disertai oleh lebih 1000 majikan daripada pelbagai sektor, ekspo ini menawarkan lebih 30,000 peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

 

Tanpa sokongan dari pihak penganjur ekspo, PERKESO dan penaja kami, Khazanah Nasional Berhad juga usaha murni dari kakitangan Irshad sendiri, sudah pasti penyertaan Irshad sebagai salah satu majikan dalam ekspo ini tidak menempa nama sejauh ini.

Terima kasih!

error: Content is protected !!