Sepatah Dua Kata MERDEKA! Dari GCEOMerdeka! Merdeka! Merdeka!

65 tahun sudah negara kita merdeka, semangat sayang akan tanah tumpah ini tidak pernah luntur, bahkan semakin hari semakin berkobar. Satu demi satu cabaran kita telah tempuhi, ancaman pandemik COVID-19, kejadian banjir di seluruh kawasan Malaysia, berkali-kali rakyat Malaysia buktikan kita mampu menghadapinya semua apabila kita bersatu.
Bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”, saya mewakili Irshad HR Consulting ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-65 buat seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia yang saya kenali orang-orangnya hidup bersatu padu, jiwanya besar, dan saling menghormati. Apabila dicubit peha kanan, yang kiri juga terasa. Semoga Malaysia akan terus maju, makmur, adil dan masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Terbang merpati hala ke awan,
Mengilas pandang Jalur Gemilang,
Malaysia sebuah negara yang aman,
Rakyat bersatu susah dan senang.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Hebatkan perasaan sayangi Malaysia di Bulan Kemerdekaan 2022.