Menuju Ke Konvensyen

TENTANG KPK

Konvensyen Kepimpinan dan Penyeliaan Kebangsaan (KPK) 2025 anjuran Irshad HR Consulting kembali lagi!

KPK 2025 merupakan platform penting bagi para penyelia dan team leader dari  sektor kerajaan dan swasta untuk menimba pengalaman, strategi dan amalan terbaik dalam meningkatkan kompetensi diri masing-masing. Dalam era yang sentiasa berubah dan mencabar ini, kemampuan untuk beradaptasi dan kekal berdaya tahan adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi.

KPK2025 menekankan kepentingan membentuk penyelia dan ketua pasukan sebagai pemimpin yang mampu bertindak balas dengan pantas dan cekap dalam suasana pekerjaan yang semakin mencabar.

Tema KPK 2025 akan membincangkan aspek kepimpinan yang kental menghadapi cabaran, tangkas bertindak, bijak menguruskan tekanan dan berupaya memotivasikan pasukan.

Dengan perkembangan teknologi yang pesat masa kini, pemimpin dan penyelia perlu bersedia menerima revolusi teknologi dan inovasi serta membimbing pasukan melalui fasa transformasi yang berterusan.

KPK25_TEMA

OBJEKTIF

Dengan tema Kepimpinan Berdaya Tahan dan Fleksibel Untuk Transformasi Pasukan, konvensyen ini menjadi platform strategik bagi para penyelia dan ketua pasukan untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dalam landskap kerja yang sentiasa berubah. Fokus utama konvensyen ini merangkumi objektif berikut:

  • Memberikan pendedahan tentang strategi yang praktikal untuk memupuk keupayaan kepimpinan yang berdaya tahan dan fleksibel.
  • Meningkatkan kemahiran penyelia dan pemimpin pasukan dalam mendorong produktiviti pasukan.
  • Menyediakan kefahaman tentang peranan penyeliaan dan kepimpinan dalam memanfaatkan perubahan teknologi dan inovasi dalam pekerjaan.

SOROTAN UTAMA

SIAPA PATUT HADIR?

Penyelia / Foreman / Line Leader / Team Leader
Kakitangan yang menjalankan fungsi penyeliaan
Penolong Pengarah / Penolong Pegawai Tadbir
Pembantu Tadbir Kanan / Ketua Kerani
Individu yang berminat untuk tingkatkan kemahiran kepimpinan mereka

TOPIK-TOPIK YANG MENARIK!

Masa Hari Pertama – 23 Julai 2025 (Isnin) Hari Kedua – 24 Julai 2025 (Khamis)
08:00 Pendaftaran
08:45 Aktiviti Ice-Breaking Aktiviti Perkongsian Ringan
09:00 Ucaptama: Kepimpinan Berdaya Tahan & Fleksibel untuk Transformasi Pasukan
Penceramah: TBC
Sesi 2: Ancaman Siber & Tanggungjawab Penyelia Bersedia Sebelum Terlena
Penceramah: Lt. Kol. Mustaffa Ahmad, Pengurus Besar, MicroWorld Technologies Sdn Bhd
10:30 Minum Pagi / Networking
11:00 Sesi Forum: Menjadi Penyelia Era Baru: Dari Visi Kepada Aksi, Dari Cabaran Kepada Kejayaan
Panelis 1: Mai Sumiyati Ishak, Industrial Psychologist, UNIMAS
Panelis 2: Dr. Hj. Abdul Rahim Abdul Rahman, Pengurus Besar, Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset, ANGKASA
Panelis 3: Dr. Prebagaran Jeyaraman
Moderator: Muhammad Farahi Mokhtar, Pengurus Kanan, Global Performance Consulting
Sesi 3: Memperkasakan Kepimpinan dengan Komunikasi Berpengaruh
Penceramah: Mohd Rizal Rashid, Communication Coach & CEO, Neuroworks International Sdn. Bhd.
13:00 Makan Tengahari / Networking / Solat
14:30 Sesi 1: Kecerdasan Emosi di Tempat Kerja: Kunci Pasukan Berprestasi Tinggi
Penceramah: Dr Alizi Alias, Organisational Psychology Consultant
Sesi 4: Candid Talk: Mengenai Kepimpinan, Budaya Organisasi & Hubungan Kerja
Penceramah: Ku Sim Ling @ AuntyHR
15:00 Sesi Soal Jawab/Kuiz interaktif Pelan Tindakan/Sesi Penutup:
Penceramah:
16:30 Minum Petang / Networking
17:00 Bersurai Program Tamat

PAKEJ KONVENSYEN

PENDAFTARAN BERKUMPULAN
2 - 4 orang
RM 1,510
SEORANG

5 - 9 orang
RM 1,430
SEORANG
PAKEJ HARGA TERMASUK:
  • • Akses sepanjang konvensyen
  • • Bahan seminar & modul
  • • Starter Kit
  • • Minum Pagi dan Minum Petang
  • Networking Lunch

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat KPK 2025:

No Tel : +603-79560010 (Ashri | Haniyah)

Emel : seminar@irshad.com.my

error: Content is protected !!