KURSUS UMUM

Kursus Minda Sihat Di Tempat Kerja KETAHUI FAKTA, HINDARI MITOS

Ketahui fakta sebenar tentang kesihatan mental di tempat kerja dan hapuskan stigma. Pelajari teknik pengurusan stres, keseimbangan kerja-hidup, serta cara menyokong diri dan rakan sekerja.

HRD Corp claimable: Ya

Tempoh: 2 Hari

Lokasi: Tamu Hotel & Suites, KL

Yuran: RM 2,070 / seorang

Untuk permohonan HRD Corp, majikan lazimnya memohon melalui e-TRiS sebelum latihan bermula dan melampirkan dokumen seperti sebut harga/invois, profil fasilitator, serta jadual & kandungan latihan.

Maklumat kursus

Tarikh

24 & 25 Jun 2025

Masa

9.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi

Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur

Sesuai untuk

Pengurus pertengahan, pegawai HR, OSH, AKRAB, dan individu yang mahu menjaga kesejahteraan mental diri serta rakan sekerja.

Siapa yang perlu menyertai kursus ini?

  • Ingin menjaga kesihatan mental sendiri dan/atau membantu rakan sekerja dalam aspek kesejahteraan mental.
  • Sukar menyesuaikan diri dengan budaya kerja syarikat dan/atau sering berdepan dengan cabaran kesihatan mental.
  • Pengurus peringkat pertengahan, atau pegawai HR
  • Pegawai dan wakil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
  • Pegawai atau ahli AKRAB

Apa yang peserta akan peroleh?

Hasil pembelajaran (praktikal)

  • Fakta asas kesihatan mental di tempat kerja dan cara mengurangkan stigma.
  • Teknik pengurusan stres, emosi dan keseimbangan kerja-hidup.
  • Pengenalan kepada burnout, anxiety dan depression serta tanda amaran umum.
  • Asas saringan DASS-21 (scoring) untuk kesedaran kendiri.
  • Latihan Mental Health First Aid (MHFA) berasaskan rangka kerja 3L.
  • Peserta akan menerima sijil Mental Health FIrst Aid (MHFA) yang ditandatangani oleh Dr. Malar (Doktor berdaftar) & En. Aiman (Psikologis berdaftar)!

Kesan di tempat kerja

  • Komunikasi yang lebih selamat dan berempati apabila berdepan isu kesejahteraan.
  • Keupayaan membuat intervensi awal (early support) dan rujukan yang sesuai.
  • Budaya pasukan lebih terbuka dan kurang stigma.
  • Pengurus/HR lebih yakin mengurus situasi sensitif secara profesional.
  • Amalan kerja yang menyokong produktiviti jangka panjang.

Struktur program (2 hari)

Hari Pertama: Kesihatan Mental & Kesejahteraan Diri

Pengenalan, stres (positif/negatif), strategi urus stres & emosi, burnout/anxiety/depression, bipolar & schizophrenia, personaliti, DASS-21 scoring.

Hari Kedua: Komunikasi & Intervensi Di Tempat Kerja

Tidur & kesihatan fizikal, work-life balance, refleksi, bengkel MHFA, isu pemikiran bunuh diri, latihan rangka kerja 3L.

Fasilitator

Dr. Malar

  • Doktor perubatan dan penceramah.
  • Berpengalaman dalam kesedaran kesihatan mental dan kesejahteraan komuniti.
  • Pengalaman menyampaikan kandungan kepada audiens profesional dan umum.
  • Menekankan pemahaman fakta dan pengurangan stigma.

En. Aiman

  • Psikologis berdaftar dan penceramah.
  • Pengalaman dalam intervensi dan sokongan kesejahteraan di tempat kerja.
  • Mengendalikan bengkel Mental Health First Aid (MHFA).
  • Fokus pada komunikasi selamat dan tindakan sokongan awal.

HRD Corp claimable: apa yang HR perlukan untuk teruskan

Untuk kurangkan “admin friction”, kami boleh sediakan dokumen sokongan yang lazim digunakan untuk permohonan e-TRiS.

Senarai dokumen

  • Sebut harga / invois
  • Jadual latihan dan kandungan kursus
  • Profil fasilitator

Sijil peserta

  • Peserta akan menerima sijil Mental Health First Aid (MHFA).
  • Sijil ditandatangani oleh doktor berdaftar dan psikologis berdaftar.

FAQ

Siapa yang paling sesuai hadir dari organisasi?

Pengurus pertengahan, HR, OSH, AKRAB, serta individu yang mahu meningkatkan kemahiran pengurusan stres dan sokongan rakan sekerja.

Share this:

Adakah kursus ini sesuai untuk latihan in-house?

Ya. Latihan in-house boleh dipertimbangkan tertakluk kepada ketersediaan fasilitator dan keperluan minimum peserta.

Share this:

Bagaimana untuk mula mohon HRD Corp?

Kebiasaannya majikan memohon melalui e-TRiS sebelum latihan bermula dan melampirkan dokumen seperti sebut harga/invois, jadual & kandungan latihan, serta profil fasilitator.

Share this:

Sedia bina tempat kerja yang lebih sihat dan harmoni?

Muat turun dan isi borang pendaftaran sekarang! Slot adalah terhad.

Share this:
error: Content is protected !!