Persediaan Menghadapi Persaraan

BELUM BERSEDIA UNTUK BERSARA? 

KURSUS: PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSARAAN

Persaraan adalah realiti kitaran pekerjaan tidak kira sama ada di sektor awam atau swasta.  Bila tiba masanya, seseorang pekerja itu perlu bersedia dari segi mental, emosi, fizikal dan intelektual. Program Pra-Persaraan ini dirangka khas untuk bakal pesara daripada pelbagai peringkat kakitangan bagi memberikan panduan dan pendedahan kepada mereka untuk membuat persediaan sebelum dan semasa bersara dengan lebih yakin dan tenang.

OBJEKTIF:

  • Mengenal pasti peluang dan cabaran hidup sebagai pesara
  • Mengetahui persediaan-persediaan yang perlu dibuat dalam menghadapi persaraan terutama minda dan emosi
  • Membuat perancangan persaraan dari aspek ekonomi, kewangan dan kesihatan

KANDUNGAN PROGRAM

  1. MENGHADAPI REALITI KEHIDUPAN DI ALAM PERSARAAN
  2. PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN MENGHADAPI PERSARAAN & PENYESUAIAN PERUBAHAN GAYA HIDUP
  3. PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN
  4. PENGURUSAN KEWANGAN SEBELUM & SELEPAS PERSARAAN
  5. CARA BIJAK MENGURUS KEWANGAN
  6. PELUANG MENJANA PENDAPATAN SELEPAS BERSARA

TARIKH:

  • 12- 13 JULAI 2023

LOKASI:

  • Tamu Hotel & Suites, KL

FASILITATOR:

  • Hj Ahmad Shukri Mohammad
    • adalah seorang pesara yang memilih untuk kekal aktif sebagai seorang Perunding Latihan dan Jurulatih di Irshad HR Consulting. Sebelum bersara, beliau bertugas sebagai Pengurus Sumber Manusia di sebuah syarikat automotif (Public Listed Company) yang disertainya selama 15 tahun.  Sebelum menyertai sektor korporat, beliau pernah bertugas sebagai seorang Guru serta Pegawai Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia.  Sebagai seorang Jurulatih Bertauliah serta pemegang ijazah Sarjana (Master of Education), khidmat dan kepakaran beliau telah digunakan oleh pelbagai organisasi awam dan swasta daripada pelbagai industri di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.  Selain kursus berkaitan Persediaan Menghadapi Persaraan, Hj Ahmad Shukri juga mengendalikan kursus lain seperti Etiket Sosial dan Penampilan Diri, Pengurusan Stress, Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Penyelesaian Masalah.

Share this:
error: Content is protected !!