Pengurusan Latihan Strategik

MEMPELAJARI TEKNIK MENGANALISIS KEPERLUAN LATIHAN, MERANCANG, MELAKSANA DAN MENILAI IMPAK PROGRAM LATIHAN SELARAS DENGAN KEPERLUAN ORGANISASI, OPERASI DAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI KAKITANGAN.

KANDUNGAN PROGRAM:

  1. KONSEP DAN KEPENTINGAN LATIHAN YANG STRATEGIK
  2. PERANCANGAN LATIHAN YANG STRATEGIK
  3. MERANGKA DAN MERANCANG PROGRAM LATIHAN
  4. MENYEDIAKAN PELAN PELAKSANAAN DAN BELANJAWAN LATIHAN
  5. MELAKSANA PROGRAM LATIHAN
  6. MENILAI KEBERKESANAN LATIHAN

OBJEKTIF PROGRAM

Setelah menghadiri program ini, diharapkan para peserta akan dapat:-

  • Menjelaskan konsep dan peranan latihan dalam membangunkan organisasi dan individu cemerlang
  • Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan latihan
  • Menerangkan proses mengenal pasti keperluan kompetensi di peringkat organisasi dan jawatan
  • Menggambarkan cara merangka dan membangunkan latihan berteraskan kompetensi menggunakan pendekatan A.D.D.I.E
  • Mengenal pasti asas dan langkah dalam menjayakan pelaksanaan latihan dalam organisasi
  • Menerangkan cara membuat penilaian keberkesanan dan impak latihan dalam organisasi berdasarkan Model Kirkpatrik

TARIKH:

  • 16 & 17 Julai 2025

LOKASI:

  • Tamu Hotel & Suites, KL

FASILITATOR:

  • Hj Shamsul Bahri Mohd Yusof
    • adalah Pengurus Besar, Pengurusan Operasi Irshad HR Consulting (IRSHAD). Sebagai Juruperunding Pembangunan Sumber Manusia IRSHAD, beliau telah banyak terlibat dalam khidmat perundingan dan latihan dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, Analisis Keperluan Latihan berdasarkan Kompetensi, Pembentukan Budaya Korporat, Motivasi dan Pembinaan Minda, dan Pembangunan Penyeliaan. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UUM).

Share this:
error: Content is protected !!