Teknik Mentor dan Bimbingan Berkesan ini dirangka khas untuk Ketua Pasukan, Line Leader, Technician atau Trainer yang bertindak sebagai Penyelia atau Pembimbing anggota kerja di sesebuah organisasi supaya mereka dapat membina hubungan kerja yang baik, lebih kompeten serta bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar kelak.
OBJEKTIF:
- Memahami perbezaan di antara “Bimbingan” dan “Mentoring”.
- Menyenaraikan kepentingan dan impak Bimbingan dan Mentoring kepada individu dan organisasi.
- Memahami peranan seorang “Pembimbing” dan “Mentor”.
- Mengamalkan teknik-teknik berkesan seorang Pembimbing dan Mentor.
- Memahami etika dalam Membimbing dan Mentoring.
KANDUNGAN PROGRAM:
- Memahami konsep, kepentingan dan impak Bimbingan dan Mentoring kepada individu dan organisasi.
- Memahami proses Bimbingan dan Mentoring yang boleh diamalkan di organisasi mereka.
- Mengamalkan kaedah membimbing dan mentoring dengan lebih berkesan kepada kakitangan.
- Memantau dan memberi maklumbalas untuk tujuan peningkatan prestasi kerja dan kendiri orang yang dibimbing dan dimentor.
TARIKH:
- 26 – 27 JUN 2024