Konvensyen Setiausaha & Pembantu Pentadbiran 2026Grace, Grit & Growth: Keyakinan, Ketahanan & Pertumbuhan Profesional
Pengenalan Program
Konvensyen Setiausaha dan Pembantu Pentadbiran (KonSePP) merupakan platform profesional yang menghimpunkan setiausaha dan pembantu tadbir sektor awam dan swasta bagi memperkukuh peranan mereka dalam menyokong kecemerlangan organisasi.
Impak & Manfaat Program
- Membina keyakinan diri dan kematangan profesional
- Teknik komunikasi yang lebih jelas dan berpengaruh
- Penggunaan AI dan digital tools dalam kerja pentadbiran
- Peningkatan imej profesional bertaraf eksekutif
- Pengurusan keutamaan kerja tanpa tekanan berlebihan
- Pelan tindakan praktikal untuk kemajuan kerjaya
Tarikh: 28 – 29 April 2026
Lokasi: Premiera Hotel, Kuala Lumpur
Tempoh: 2 Hari
Sasaran: Setiausaha & Pembantu Pentadbiran
HRD Corp: Claimable
Cara Mendaftar
- Muat turun brosur
- Isi borang pendaftaran (dalam brosur)
- Emelkan ke seminar@irshad.com.my
- Sekretariat kami akan membimbing anda untuk proses pembayaran
- Hadir ke KonSePP 2026 di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada 28-29 April 2926
Itinerari Program
| Masa | Hari Pertama (Selasa, 28 April 2026) |
Hari Kedua (Rabu, 29 April 2026) |
|---|---|---|
| 8:00 am | Pendaftaran | Pendaftaran |
| 8:30 am | Ice‑breaking | Ice‑breaking |
| 9:00 am |
Ucaptama: Grace Under Pressure:
Fahrin Ahmad
Bina Keyakinan, Ketahanan & Kematangan Profesional |
Menguasai AI & Digital Tools:
Coach Salwa Mohd Saleh
Teknologi sebagai pembantu bukan pengganti |
| 10:30 am | Minum Pagi | Minum Pagi |
| 11:00 am |
Profesionalisme Baharu Setiausaha & Staff Pentadbiran:
Pn. Siti Kamariah Ahmad SubkiHuman Centric, Cekap Keutamaan & Digital‑Ready Nik Akmal Afif Pn. Normazita Neimad |
Imej First Class Lonjakan Kerjaya
Puan Siti Mizalwa Idris (Wawa Idris)
|
| 1:00 pm | Makan Tengahari | Makan Tengahari |
| 2:30 pm |
Tenang Dalam Tekanan:
Dr Abd Jalil Hassan
Tetapkan Sempadan dan Keutamaan |
Membina Pengaruh Tanpa Jawatan:
Dr Syed Faizal
Kuasai Teknik Komunikasi Berimpak Tinggi |
| 4:30 pm | Kuiz Interaktif & Maklum Balas |
Grit & Growth: Pelan Tindakan 90 Hari
Hj Shamsul Bahri Mohd Yusof
|
| 5:00 pm |
Minum Petang / Networking Bersurai |
Minum Petang & Networking Program Tamat |
Penceramah
Beliau merupakan Pakar Pemasaran Digital, jurulatih generatif AI dan strategis media sosial. Merupakan penerima Biasiswa Chevening-Yayasan Khazanah, Jurulatih HRD Corp bertauliah, National Trainer TEKUN & PUNB, serta Master Trainer eUsahawan MDEC. Kepakaran beliau merangkumi Digital Marketing, Social Media, Generative AI, Creative Content dan Branding, dengan fokus memperkasakan wanita, keluarga dan usahawan tempatan ke tahap global.
Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang komunikasi korporat, jualan dan pemasaran serta lebih 10 tahun dalam bidang latihan. Merupakan Penerima The One Entrepreneur Award, Best Woman Social Media Award & pelbagai lagi. Gaya penyampaiannya yang menyentuh cabaran sebenar dunia kerja moden, menjadikan sesi bersama beliau bukan sekadar ceramah, tetapi pengalaman yang mengubah cara peserta melihat diri dan kerjaya mereka.
Beliau berkelulusan B.A Administrative Science (Hons.), Master & Ph.D Communication & Media Studies, UiTM. Berpengalaman sebagai Pengurus Besar di Little Caliphs International Sdn. Bhd. Beliau telah berkhidmat dengan lebih daripada ratusan Jabatan Kerajaan, Agensi, serta Sekolah. Dianugerahkan sebagai Penyampai Terbaik dalam Persidangan Antarabangsa mengenai Media dan Sains Sosial & menerima Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).
Beliau merupakan Akauntan Bertauliah dengan lebih 20 tahun pengalaman di Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat. Beliau pernah memegang jawatan kepimpinan termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor. Sepanjang kerjaya, beliau pernah berkhidmat di PricewaterhouseCoopers, Khazanah Nasional, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau merupakan jurulatih profesional dan pakar perunding kerjaya yang berpengalaman dalam pembangunan kerjaya, imej profesional, penjenamaan diri serta kepimpinan. Beliau aktif mengendalikan latihan untuk sektor korporat dan sering dijemput sebagai penceramah forum dan persidangan di media arus perdana. Dikenali dengan penyampaian yang praktikal dan mudah difahami.
Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam operasi pengurusan hospital dan penjagaan kesihatan di An-Nur dan KPJ Kajang; merangkumi bidang pemasaran, perhubungan awam, pelayanan pelanggan, sistem pengurusan kualiti berasaskan MS 1900 dan ISO 9001. Beliau pernah memegang jawatan di peringkat pengurusan kanan sebagai Pengurus Kanan Group Transformation.
Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi di Irshad HR Consulting. Terlibat dalam perundingan latihan dan pembangunan organisasi dengan pengalaman luas dalam bidang kepimpinan, budaya kerja dan pembangunan kompetensi. Beliau telah mengetuai pelbagai program latihan korporat merangkumi Pensijilan ISO 9001:2015 dan analisis keperluan latihan (TNA).
Beliau merupakan hos televisyen, selebriti dan duta jenama berpengalaman luas dalam pengendalian program bual bicara bertema sosial dan korporat. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau mempunyai asas kukuh dalam pemikiran kritikal, etika dan keadilan. Fahrin dikenali dengan gaya penyampaian tenang dan berkeyakinan.
Beliau merupakan pakar Psikologi Industri dan Organisasi dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam. Berkelulusan Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau merupakan Kaunselor Berdaftar dan jurulatih bertauliah.
Tawaran Istimewa
Pakej Konvensyen
31 Mac 2026
Eksklusif
*Nota: Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
Daftar Sekarang untuk KonSePP 2026
Tempat adalah terhad. Pastikan penyertaan anda untuk pengalaman pembelajaran yang berimpak tinggi.
Daftar SekarangEmel: seminar@irshad.com.my